Tuesday 8 October 2013

Mencari Sirna Terakhir.


Hati menjadi sakit. Segalanya bercampur baur. Tiada siapa yang mengetahui, melainkan Dia yang wajibul wujud.
Kerna ku sang pendosa. Penuh dengan kekhilafan, dosa yang menggunung. Terpalit penyesalan, yang penuh dengan segala kesilapan dan kesalahan. Hanya mampu memendam, menjeruk rasa.

Hirisan di hati tiada siapa yang tahu.
Luka tertiris dek sikap lampau, seakan tidak mampu mengubati.
Selain zikrullah, yang menjadi pengubat hati.
Kesakitan ini, suasana sekeliling mula memerhati.

Tapi bukan itu yang ku pinta. Aku tidak meminta perhatian. Aku tidak minta untuk dikasihani. Rasa kasihan manusia terhadap diri ini tidak akan membawa apa-apa perubahan.
Aku hanya ingin bantuan dariNya. Aku lemah, aku perlu bangkit. Aku sudah lelah untuk jatuh. 
Ya Azza Wa Jalla, jika benar aku hanya diberikan sedikit waktu dan masa, untuk menatap dunia yang serba indah, dan berwarna-warni ini, aku redha. Aku tawakkal. Fi Lillah. Sesungguhnya Engkau lah yang lebih mengetahui akan keadaan diri ini. Inna Allaha Ma'na, i know You're always with me. You are always be there wherever i go. Aku betul-betul memerlukan petunjuk dariMu. Aku cuma minta dibelas, walau sedikit cuma.

Kerna sangat takut, dikejar bayang-bayang, dan kesilapan masa lalu. Memerlukan manusia yang tepat, untuk memahami diri yang penuh kekurangan ini. Seringkali aku terfikir, sehingga senak-senak kepala dibuatnya. Aku jadi pelupa. Aku jadi sakit. Aku lupa makan dan minum. Aku lupa pada hari esok ada peperiksaan penting. Aku jadi lupa segala-galanya. Aku tahu aku adaMu, Ya Allah. Tempat aku meluahkan perasaan. Aku ingin berhijrah. Tetapi sikap inkuiri yang menebal, selalu sahaja menghalang hasrat hati.

Terasa memerlukan sokongan. Aku tak kuat. Aku cuma insan lemah. Aku tak berdaya untuk mengukir senyuman. Segala-galanya terasa hambar. Aku tak perlukan manusia untuk meluahkan perasaan ini. Aku cuma mohon untuk mendapat dan memperoleh perhatian dariMu. Aku bukan Rasulullah, yang begitu tabah dan sangat kuat berjuang di medan fisabilillah.

Kerna aku tidak semulia Aisyah, aku tidak sekental Khadijah, dan aku tidak sesuci Sumayyah. Aku cuma insan yang penuh dengan dosa dan khilaf. Seakan tidak layak menjadi penghias dunia. Sesungguhnya sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita yang bertaqwa dan solehah. Tetapi. Galasan amanahnya seakan tidak mampu ku laksana.
-Seri Najwa-

.

♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...