Monday 26 August 2013

Hasrat Nak Jadi Pelajar Pintar - Tips Pelajar Cemerlang


Assalamua'laikum. Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Okay alhamdulillah, setakat ni kehidupan aku kat UPSI ni baik-baik je. Takde apa-apa kesusahan pun. Alhamdulillah sekalli lagi diucapkan kepadaNya.

Bila dah jadi pelajar U ni, dah nama pun pelajar U, kan? Jadi macam-macam assignment lah nak kena buat. Itu lah ini lah. Dan bermacam-macam cabaran yang aku dah tempuh sebagai pelajar kat UPSI ni. Alhamdulillah, syukran, bersyukur padaNya.......................

Sebenarnya, aku teringin sangat. Aku nak sangat, menjadi pelajar yang berjaya. Bukan setakat di dunia, tetapi sebagai insan yang berjaya menempuh kehidupan yang kekal abadi di alam ukhrawi nanti. In sha Allah. Tetapi sebagai insan biasa, aku akui aku ada kelemahan.

Aku tak nak buat luahan hati secara umum, aku risau akan ada beberapa pihak terasa. Aku kalau boleh, aku LANGSUNG tak nak ada sebarang perselisihan faham pun berlaku antara aku dan kawan-kawan aku. 

Cuma aku minta, kalau ada antara kawan-kawan aku yang terbaca ni, aku mohon, tolong faham keadaan diri yang kekurangan ni. Sesiapa yang berkawan dengan aku, dorang mesti terima diri aku seadanya. Then same goes for me. Aku pun terima buruk baik kawan-kawan aku. Tiada manusia yang sempurna.

Mungkin kawan-kawan aku sekarang ni tak nampak, tapi aku cuba kawal. Berubah slow-slow. Aku cuma bimbang, risau. Kalau emosi aku ni tak terkawal, perangai aku yang kuat mengamuk masa kat PLKN dulu, boleh terkeluar bila-bila masa je.Ya Allah, mohon dijauhkan.

Satu je yang orang-orang sekeliling aku kena tahu, once kalau aku dah kembali ke diri aku balik, aku cakap kat dorang, aku terima apa je spekulasi yang bakal keluar. Aku betul-betul merindui diri aku yang lama. Hampir tiap malam aku terfikir perkara ni. Aku bersyukur dengan kehidupan sekarang, walaupun kadang-kadang selalu jugak hembus nafas mengeluh.

Aku yakin Allah ada untuk aku. Apa yang terjadi semuanya bersebab. Sebab tu aku bersabar. Aku rasa, aku dah mula hilang...........

Minta maaf untuk aku cakap tentang perkara ni. Sebenarnya, aku tak perlukan sesiapa pun untuk bantu aku berdikari. Aku boleh berdiri sendiri. Aku boleh hidup keseorangan sebenarnya. Cuma tiada siapa yang tahu. Pengalaman lalu dah terlampau mematangkan hidup aku. Aku taknak disebabkan aku bercakap begini terang-terangan, aku mula disisihkan. 

Memanglah aku bercakap aku boleh hidup keseorangan, tapi tak bermakna aku tak mementingkan hidup bermasyarakat. Komuniti itu penting dalam hidup. Tanpa komuniti kita takkan mengenal erti dunia yang sebenar. Allah sendiri pun berkata tak elok memasamkan muka sesama umat manusia. Dan kini, aku boleh cari kawan-kawan untuk belajar. Alhamdulillah.

In sha Allah, niat aku cuma satu. Aku nak menegakkan sesuatu yang aku rasa aku harus pertahankan. Mungkin sekarang tak nampak lagi, tunggu waktu yang tepat dan sesuai sahaja. Keadilan harus dipertahankan. Banyak isi dan hujah yang aku nak rungkai suatu hari nanti. Itu tekad aku. Doakan aku Qurratul Ain :D 

Misi kami sama. Cuma kami berdua je yang tahu. 



♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...