Wednesday 24 December 2014

Kereta - Penunjuk Kekayaan Terbaik




Kereta adalah penunjuk kekayaan yang terbaik.

Kos membela seekor BMW : sekitar RM3000 ++
Kos membela seekor Mercs : sekitar RM3000 ++

Itu adalah harga installment bulanan ( kalau ambik beli berhutang )
belum masuk kos kos berikut :
- maintenance
- minyak
- tol + parking
- insurance

Bilakah kereta bukan penunjuk kekayaan yang bagus ?

- ketika rosak di tengah jalan.
- ketika kena tarik ( untuk dilelong )

------------------------------------------------------

Nasihat :

1- Orang pakai kereta mewah tidak semestinya
buat kerja tak tentu arah.

2- Mereka pakai secara percuma sahaja.
Syarikat yang bayarkan. atau dibayar oleh orang lain.

3- Jangan terpesona dengan kereta dan angka.
Carilah ilmu bagaimana boleh menjana kekayaan seperti mereka.
Money is nothing, Knowledge is everything.

4- Jarang orang BMers nak sakit hati kat Kanc.

5- Ada orang guna kereta menjadi liabiliti,
ada orang guna sebagai komoditi (asset)

Cerita 1 :

Ada seorang jutawan yang tak mahu naik
kereta mewah kerana dia nak jaga hati.
Nanti dia tengok orang bawa Kanc -
dia berasa merak buih.
dia merasa megah.

So, she stick with Myvi.

Cerita 2 :

Ada Financial Advisor naik kereta mewah
sebagai asset untuk IMPRESS tokey tokey syarikat
untuk melanggan produk Wealth Protection Programme-nya.

Cerita 3 :

Top Leader MLM parking kereta mewah di
dewan banquet hotel untuk impress rekrut-rekrut
baru yang datang untuk dengar talk.
Tobat kena punya aih 

Cerita 4 :

Orang tua pakai kereta mewah bukan sebab
dia nak jadi 'muda kacak bergaya' semula.
tapi dia tak mampu nak beli ketika muda dulu.
Lepas gian time dah pencen orang kata.

Cerita 5 :

Perbelanjaan tol, minyak , maintenance
kereta pa bagai dimasukkan dalam kos syarikat.
Puas hati sikit la daripada bayar cukai besar.

Cerita 6 :

Ada syarikat yang membeli kereta mewah untuk
dinaikki oleh CEO dan Top Executive mereka,
untuk perjalanan bertemu client and so on.

Big Boss dia ?
pakai mutu honda jaa

Cerita 7 :

Aku tunjuk gambar Lambo hitam kat seorang kawan.
kawan ni dia pakai Gallardo.

Aku > Boss, seronok tak pakai kereta Aventador ni ?
Kawan > Ikut pada mood pemandu. Kadang seronok, kadang tidak.

Cerita 8 :

Orang miskin bekerja teruk teruk untuk membayar
harga kereta mewah. Mengidam katanya.
Orang kaya pula cuma menyewa sahaja kereta ini
untuk sebulan dua.

Cerita 9 :

Ada kumpulan tertentu menggunakan kereta
mewah untuk menjalankan aktiviti

===================================

Percayalah,

Sesuatu benda itu nampak indah
sebelum digenggam dalam tangan
Sudah digenggam, kita rasa biasa-biasa sahaja.

Bilakah adrenalin rush ketika melihat Aventador ?
Ketika First time jumpa depan mata.

Bila sudah berpuluh kali jumpa ?
ermmm..dah nampak biasa. tak rasa apa apa.

Ingat Faiz,
jangan beli - kita sewa ja.
tengok berapa lama boleh bertahan tanpa rasa jemu.

berapa lama sangat nak seronok
bawak atas jalan benda mesin mahal tu.

===================================

Rujuk gambar :

Anak muda Cina di Penang.
Bergiat dalam pasaran matawang. Fx Trader.

Gossip :
Ada seorang Internet Marketer yang pakai Porsche mahal,
dengar khabar hutang dan refund orang tidak mahu bayar.

tak sanggup nak jual kereta gamaknya
untuk bayar duit hutang orang.

* ya memang susah untuk downgrade hidup
dari berlindung dalam banglo, untuk turun hidup dalam
pondok atap rumbia. 

♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...