Post Terbaru Saya ..

Tuesday, 23 July 2013

A Student's Life - Been Through in Diploma of Science

Hello. Hai korang. Korang apa khabar? Hmm... *krik krik

Harini aku teramat lah tension. Haih. Nak tahu kenapa? I mean, minggu ni. Minggu ni penuh dengan exam. Dengan assignment, berlambak lagi. Jadual totally pack. Aku taknak mengutuk sapa-sapa, tapi sistem kat UPSI ni, macam......  Kelam-kabut. Tak teratur.

Diploma Sains. That was my own choice. Aku sendiri yang pilih jalan aku ni, then aku lah yang kena tanggung sendiri bahana nya sekarang ni. Elok-elok je aku duduk kat Matrik haritu, lepas tu senang-senang je keluar. Siapa tak tension woi? Tapi kalau nak toleh ke belakang dah memang tak ada guna nya lagi.

Semalam, aku baru je habis exam Biology, pada pukul 8.30 hingga 10.00 malam tadi. See? Even exam kat sini pun dorang buat waktu malam. Sebab tu aku cakap sistem kat sini macam agak tak teratur sedikit. Tapi tu bukan masalah aku. Aku sendiri yang buat dia jadi masalah aku. Hoho.

Okay, sekarang ni aku tengah pening. Pening gila-gila. Aku sibuk nak siapkan assignment, berlambak assignment, pidato lagi, exam lagi, akaun SSPN lagi aku tak siapkan. Aku jadi pening weh. Banyak sangat. Patutnya dorang kena lah aturkan sistem exam untuk minggu ni, minggu depan siapkan assignment. Baru berjalan lancar otak aku ni sebab tak pikir macam-macam.

Then lagi, kelas kenegaraan aku pulak. Bukan niat aku nak mengeluh atau merungut, tapi cikgu aku macam tak paham. Kitorang berlambak assignment lain lagi nak kena siapkan, then dia tambah pulak assignment baru woi. Bukannya sikit, 30 muka surat at least weh. Then, dah nak kena hantar kurang daripada 10 hari daripada sekarang. 

Memang lah ada orang akan kata, buat apa melalut sorang-sorang depan laptop tu lagi Seri, pergilah siapkan kerja-kerja kau tu. Kau mengeluh depan laptop tu pun, buang masa kau je. Yelah, aku tahu lah. Tapi takkan lah 24 hours aku nak mengadap assignment je. Boleh pecah kepala hotak aku yang tak berapa nak berotak ni weyh.

Lagipun banyak cerita yang aku dengar bila aku dah start belajar kat sini. Hmm, about MQA. Sijil Diploma kat sini tak diiktiraf, Ya Allah...... Macam-macam benda aku fikir ni.

Baik kau belajar Seri, jangan fikir macam-macam.

♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...