Monday 1 April 2013

Tingkatan 6 Pilihan Saya! - Pendapat Orang Lain Atau Masa Depan Kita..?


Assalamua'laikum, selamat pagi, dan salam 1 Malaysia! *Ini tagline masa aku dekat PLKN dulu. Rindu pulak :') Seriously sekarang ni betul-betul tak tahu nak buat apa, nak kerja tapi..... mak ayah macam tak kasi je. So sekarang ni tengah tunggu keputusan matriks ataupun Form Six. *Sebab aku tak apply mana-mana U pun :(

Actually aku baru saja bangun tidur ni. Hari-hari bosan sangat duduk rumah, tak buat apa-apa pun. Dan sebenarnya aku baru saja keluar dari PLKN pada 16 Mac 2013 haritu. Dan selepas keluar dari PLKN terus dapat result. Aku malas nak cerita panjang pasal. Tapi alhamdulillah, result boleh dikatakan 'baik' jugak lah walaupun tak dapat straight A's. :p

*Sebenarnya mood masih tengah rindukan PLKN. Walaupun saya berada di rumah sekarang ni, tapi jiwa dan fikiran saya masih berada di Kem PLKN Princess Haliza saat ni. Hanya mereka yang pernah masuk PLKN saja betapa rindunya saat-saat manis yang ditempuhi di PLKN :')

Okaylah, nak dipendekkan cerita. Lepas keluar saja result SPM haritu, saya terus buat perancangan nak buat apa lepas ni. Okay, kalau diikutkan kronologi kemasukan Pra-U, First Intake adalah Form six, seterusnya matrikulasi, dan akhir sekali kemasukan ke asasi, IPTA dan IPTS *Kalau tak silap saya lah. Then saya pun dah mula buat plan nak pergi mana lepas ni. Okay, selepas decide buat keputusan sendiri, banyak jugak cabaran yang perlu saya hadapi *Padahal tak tahu lagi dapat masuk apa lepas ni. Hewhew :D



TINGKATAN 6

Okay, saya yakin dan pasti segelintir orang kalau terdengar saja Form Six ni, pasti dah mindset dalam fikiran mereka bahawa pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan STPM ni kebanyakannya terdiri daripada golongan-golongan yang kureng pandai, ataupun dalam bahasa kasarnya, Bodoh. Mereka juga beranggapan bahawa Form Six hanya tempat untuk orang-orang yang mendapat result tidak cemerlang dalam SPM mereka. Ish, kenapalah mentaliti orang-orang Malaysia ni macam tu eh?

Asal ada orang masuk Form Six je, tak lain tak bukan common dialog yang biasa didengar, "Mesti result tak bagus tu. Dah tak ada tempat lain nak pergi, masuk Form Six jelah". Haha, lawak2. Aish awak oi, asal masuk Form Six je, confirm-confirm dia tu kureng pandai dari awak eh? Habis awak tu dah cukup pandai lah?

*Maaf terkasar bahasa pulok :D

Sebenarnya saya cukup kecewa apa ada sebilangan orang mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang masuk Form Six ni takde masa depan. Sesedap rasa saja ya bilang begitu *Speaking indon kejap. Tak kurang juga yang buat spekulasi bahawa Form Six ni senang je nak masuk. So tak kira lah kalau result kau gagal semua ke, ape ke, kau senang-senang je boleh masuk Form Six. Eh2, betul ke rumor yang saya dengar ni? Kalau betul, kenapa pihak kementerian akan buat tapisan terhadap pelajar-pelajar yang LAYAK sahaja untuk masuk ke Form Six ni. Diulangi sekali lagi, yang LAYAK sahaja!

So, better stop spreading about the rumors yang Form Six ni senang-senang je nak masuk walaupun keputusan SPM tak berapa nak baik. Ingat kalau dapat 9E boleh masuk Form Six ka? ^_^

First of all, saya sebenarnya dah mula berminat dengan Form Six ni sejak dari tahun lepas lagi. Sebelum ambil SPM lagi saya dah mula fikir ke mana arah tuju saya selepas saja mengambil result. Jadi dipendekkan cerita saya dah decide untuk mengambil Form Six walau apa pun orang sekeliling nak cakap dengan keputusan saya ni. Bila saya tujukan hasrat ni pada ayah, ayah memang tentang habis-habisan lah kata orang. Hehe. Mak pula jenis cool je, yang penting saya buat pilihan yang tepat untuk masa depan saya. Saya dah 18 tahun dah, jadi dah boleh buat keputusan sendiri. Hewhew :D Jadi, sebelum keputusan SPM tu, saya dah bertekad dah walau apa pun nak jadi, saya tetap dengan impian saya untuk masuk Tingkatan Enam! Apa nak jadi pun jadilah :D

Okay, then lepas dapat result, alhamdulillah result saya 'teruk'. Hehe. *Apalah kau ni Seri cakap macam tu, bersyukurlah dengan result kau sebelum Allah tarik balik. Okay-2 saya tarik balik. Alhamdulillah, result saya boleh dikatakan okay lah walau tak sebaik rakan-2 yang lain. Lepas tengok result tu slip saya kena digantung sekejap atas sebab-2 yang tertentu. Hehe :D Beberapa hari kemudian lepas dapat result, banyaklah surat-surat tawaran IPTA IPTS meluru-luru sampai ke peti surat rumah saya. Haha, macam korang tak biasa pulak kan? Tapi yang saya tak boleh lupa apabila UIA call ayah dan suruh saya pergi sana buat interview untuk accounting tak silap saya. Tapi, saya tak minat lah! Saya dengar cerita interview tu untuk asasi. Betul ke? Saya pun kurang pasti -_- 

Beberapa hari lepas tu saya dapat panggilan dari satu U ni, saya pun dah lupa dah namanya. Mereka panggil saya lepas interview untuk buat medik kat sana. Biar betul apa yang aku dengar ni? Then lepas tu pada waktu malam tempoh hari saya terus beritahu mak ayah saya yang saya dapat offer ke sana. Tapi, alhamdulillah. Mereka faham dengan keputusan saya. Seperti yang telah saya katakan tadi, saya tidak akan berganjak dengan keputusan saya untuk mengambil Form Six! Demi Form Six, Medik sanggup ku lepas kan~ Cececeh ~~ *Gurau je

Saya bukan nak bangga pun, cuma nak bagitahu lah yang saya takkan sesenang ubah decision saya yang telah lama saya fikirkan masak-masak selama ni semata-mata dengan tawaran yang mungkin menjamin depan saya, tapi saya rasa mungkin saya tak mampu untuk mengambil tawaran tu. Kenapa? Sebab saya rasa tak mampu. Kalau ikutkan hati memang nak pergi, tapi saya tak sanggup untuk korbankan perasaan ibu bapa saya, dan juga perasaan saya sendiri sebab saya sendiri telah berjanji kepada parents dan diri saya sendiri bahawa saya akan masuk Form Six juga walau macam mana pun. Okay, saya harap saya dapat menepati janji tu.

*Alang-alang dah cerita panjang macam ni, mesti ada sebab kan kenapa saya macam ter'excited' sangat nak masuk Form Six ni? Yelah, takkan saya saja-saja nak masuk, mesti lah bersebab. :D There's a few reasons that would attract my attention to enter Form Six. Okay, let's continue......

1. Jimat Kos

First of all, saya berminat nak masuk Tingkatan 6 ni sebab saya rasa tak perlulah nak susahkan mak ayah saya untuk spend duit banyak sangat untuk pembelajaran. Kalau masuk U, kita nak kena buat pinjaman PTPTN lagi, bayar yuran pengajian semester lagi. Tak ke naya tu? Kalau nak pinjam PTPTN pun insyaAllah masa nak buat Degree nanti boleh lah kot. Tapi kalau saya masuk U sekarang saya tak rasa yang saya boleh bayar yuran PTPTN yang banyak tuuu. Tak tertanggung saya ~ Takut kena blacklist nama je nanti kalau tak dapat bayar. Hehe, pikir jauh ke depan betul aku nih. So, ini adalah salah satu sebab saya nak sangat masuk Form Six. Selain menjimatkan kos, ini juga menjimatkan masa saya sebab sekolah yang saya nak masuk tu (InsyaAllah kalau dapat sekolah tu) agak dekat jugak dengan rumah saya. Hehe :D So, jimat kan? Kalau korang anak yang baik korang fikirlah yang terbaik untuk mak ayah korang ye. Ringankan beban ibu bapa supaya tak tanggung hutang yang banyak gara-gara membiayai pengajian korang sahaja. At least kalau korang ni anak orang kaya aku tak kisah sangat lah. No comment. ;)

2. Masa Belajar Pendek Untuk Sampai ke Degree

Haa, part ni lah yang aku paling suka sekali. Kalau ambil Diploma di U mau nya kena ambil 3 4 tahun lebih kurang untuk habiskan Diploma. Lepas tu nak ambil Ijazah lagi. Jadi agak-agak lah kalau korang kira sendiri kan, berapa tahun nak ambil hanya untuk habiskan Ijazah saja? Ada dalam 5 atau 6 tahun tak? Huh, lama tuu. Jadi, saya rasa sebagai alternatif terbaik ataupun senang cerita, jalan pintas untuk mengambil ijazah adalah dengan melalui Form Six. Tak lama pun, satu tahun 6 bulan sahaja. Lepas tu masuk U then terus buat Degree. 

Memang tak dinafikan kalau masuk Matriks mahupun Asasi masanya adalah lebih pendek, tak silap saya 1 tahun je kot. Tapi saya ada sebab saya tak nak memilih dua-dua tempat tu. First, cara pembelajarannya sangat rush kerana hanya setahun sahaja pengajiannya dan kalau anda jenis yang agak susah nak tangkap apa yang cikgu ajar, memang anda akan alami kesusahan untuk catch-up pembelajaran di Matriks nanti. So, take noted about that. Second, risiko tinggi. Kalau anda gagal dapat pointer yang ditetapkan oleh piawiaian, anda akan ditendang keluar dan akhirnya, anda tak ke mana. Daripada hasil yang saya survey di Internet, ada pelajar Matriks yang ditendang ni terpaksa apply Form Six semula kerana menyesal mengikut keputusan orang lain iaitu ibu bapanya yang menyuruhnya untuk masuk Matriks, sedangkan dia tahu dia tak boleh catch-up pembelajaran di Matriks tu. Jadi, buat lah pilihan yang terbaik untuk diri korang. Kalau korang rasa korang boleh Matriks, korang teruskan. Tapi janganlah sampai melawan cakap mak ayah sampai tengking-tengking bagai tu. Kalau nak Form Six, cakap lah elok-2, insyaAllah mak ayah korang akan terima ^_^


♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...