Wednesday 10 April 2013

Pengalaman di Kem PLKN Princess Haliza Kumpulan 1 siri 10/2013 ....


Hai, dah lama tak update blog ni sebenar nya. Dah nak dekat 6 bulan macamtu rasanya blog ni terbiar je macam takde tuan empunya. :D


Apa khabar kawan-kawan? Dah lama tangan dan jari ni tak menaip. Bukannya apa, saya rancang untuk terus aktif berblog selepas habis sahaja peperiksaan SPM. Tetapi ditakdirkan rezeki Tuhan, saya diberikan tawaran untuk masuk ke Kem PLKN Princess Haliza. Hehe, saya sebenar nya gembira tak terkata bila dapat sini. :D Dulu kem ni Diana DanielleAlif Satar dan Suki OIAM pernah masuk sini tau. Hehe *Buat muka bangga kejap -_-


Okay, masa mula-mula saya check result PLKN saya, saya dah mula cuak dah bila saya dapat di Princess Haliza ni. Nama tempatnya tu pun lain macam dah sebab saya langsung tak pernah dengar sebelum ni. Pada ketika itu, dah bermacam-macam perkara lah bermain kat kotak fikiran saya ni. "Bagus ke tempat tu?" "Ramai budak-budak nakal ke kat sana?" "Jurulatih-jurulatih dorang tu garang ke, macam askar?" Huhu, time tu memang dah mula gerun+cuak lah jawabnya, bila sentiasa mengingatkan dalam hati ni yang latihan PLKN ni training dia betul-betul macam askar. 
*Sebab dari awal memang dah mindset macam tu. Jadi perasaan takut tu memang muncul lah :D

Me with my best buddy masa kat kem ;-)


Okay, pada 5hb Januari 2013 saya pergi ke Majlis Perbandaran Selayang untuk lapor diri sebagai pelatih PLKN. First of all, saya berterima kasih kepada Qurratul Ain dan Firdaus Najmi selaku member-2 baik saya, kerana telah menemani dan sanggup mengiringi pemergian saya ke kem. Sumpah terharu weh. Huhu, thanks korang berdua sanggup datang dari jauh untuk menemani aku dan hilangkan rasa gemuruh aku masa tu. Dari dalam bas aku ada nampak kau macam nak nangis si Firdaus masa tu. Huhu, tak tau lah betul ke tak. Nanti, lepas ni turn kau pulak eh Qurratul, aku akan balas jasa baik kau tu kayh. :D

Dipendekkan cerita, sesampainya saya kat kem tu, saya dah mula risau macamana agaknya orang-2 kat sana. Saya dengar cerita budak-2 kat sana yang masuk bukan calang-2 orang. Anak-2 orang kaya, anak-2 datuk, Budak-2 pandai. Saya betul-2 rasa rendah diri masa first time datang tu. Yelah, saya ni mana ada pengalaman duduk kat asrama kan? Kecuali masa kem PRS dua tahun lepas. Huhu, membantu jugak lah pengalaman PRS masa tu. Saya ambil masa seminggu jugaklah nak adapt diri saya dengan suasana kat sana. Seminggu saya kat sana hampir tiap-tiap malam jugaklah saya menangis. K fineee *malu weh maluuuuuuu. Lepastu saya dah boleh biasakan diri sebab dah dapat ramai kawan-2 baru :-)


Kenangan indah di sini ....

Masa mula-2 berada di Kem Princess Haliza, saya berasa amat bahagia+seronok sebab dapat berjumpa kawan-2 baru, pengalaman baru. Masuk ke kelas CB, masuk kelas KN1. Seronok sangattt. Dapat belajar macamana untuk jadi lebih berdikari di tempat orang. Huhu, tak tahu lah macamana nak gambarkan perkataan SERONOK tu masa kat sana. Mereka yang pernah melaluinya saja akan faham macamana rasa nya :) Makin hari makin bahagia kehidupan kat sana. Sehinggakan....

Hinggalah pada suatu hari ni, saya terkena gangguan. Hmm, saya tak nak cakap lah gangguan macamana. Saya ingat lagi masa tu rakan katil sebelah saya, bagitahu, dia ternampak ada seorang perempuan ni berjalan mundar mandir dekat dorm. Masa tu, memang dah seram sejuk dah..... Okay lah, taknak cerita panjang-2, bila saya check dengan ustaz dan staff-2 medik kat sana, memang dorang dah sahkan, pasti yang saya memang kena gangguan. 


Dipendekkan cerita, saya dapat pengecualian. Saya malas nak cerita panjang macamana saya boleh dapat pengecualian tu, tapi ada lah tapisan-2 nya. Saya kena pergi ke klinik ni lah medik lah. Sampaikan Hospital Selayang keluarkan surat yang saya TIDAK LAYAK lagi untuk meneruskan khidmat negara. Saya terkejut! Masa saya dapat surat tu saya ingat lagi, kumpulan saya iaitu KN1 sedang menjalankan misi untuk mencari Perisai Zaman. Tapi masa tu jugak lah nombor indeks saya asyik kena panggil je dekat pejabat. Saya pun apa lagi, pergi je lah. Tang-2 dorang panggil saya ke pejabat supaya pergi kemas kan baju celoreng dan hantar ke pihak Logistik, dan saya dikehendaki untuk sign surat tu. Hehe, apa lagi, saya pun nangis lah. Saya panggil kawan saya Liyana Yasmin selaku member rapat saya di sana untuk teman saya ke medik. Untuk minta penjelasan.

Crying :'(


Okay lah, saya malas nak cerita panjang-2, tapi sebenarnya banyak insiden kelakar yang terjadi masa saya dapat surat tu. Saya lari balik ke dorm lah, apa lah. Rasa nak pengsan lah. Haha. Liyana kawan baik saya tu lah yang meneman saya masa saya nak menangis time tu. Thanks weh, kalau takde kau masa tu, aku tak tau lah apa nak terjadi dengan diri aku time tu. Saya ingat lagi, benda tu berlaku masa seminggu sebelum kami balik ke rumah masing-2 untuk Hari Raya Cina. Hmm....


Lepas tu, benda tu macam dah heboh lah kat dorm saya, haih. Silap saya jugak sebab lupa nak simpan surat tu. Then, sebenarnya masa tu, saya tahu, ada 'seseorang' yang sedang bergembira dengan apa yang telah terjadi dengan diri saya masa tu. Saya tak nak cakap siapa orang nya. wallahua'lam. Dan kepada orang tu, kalau sedang terbaca post ni, saya nak cakap yang saya dah maafkan dia. Saya tak suka nak simpan dendam. Tapi saya memang tak boleh terima, bila dia buat cerita pasal saya, kat kawan-2 saya yang lain, tanpa meminta maaf langsung pada saya. Sedangkan saya dah minta maaf dengan semua orang, termasuk dia. Lepas tu, dia dah lah langsung tak minta maaf pada saya, tunjuk pulak sikap protes dia tu pada saya lagi ada lah. Haih, harap kalau kau baca ni kau jangan lah terasa pulak ye. *Hazmira Almaz Hamzah, aku bukan cakap pasal kau. So jangan nak perasan. Hehe :D


Okay, berbalik kepada cerita pengecualian tadi. saya nak berterima kasih kepada Encik Valentine selaku ketua staff medik di sana kerana telah membantu saya untuk membatalkan surat pengecualian tu, dan saya dapat meneruskan latihan seperti biasa. Alhamdulillah........


Tentang Kawan-2 Yang Rapat Di Princess Haliza ....


Comel kan dia? ;-)


Okay, ini lah dia kawan saya paling rapatttt sekali masa kat kem dulu. Dia baik sangat. 





♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...