Post Terbaru Saya ..

Thursday, 29 March 2012

Kursus Pembangunan Minda SPM 2012 - Memang Seronok !


Kenapa tiba2 ada gambar ni? -,-

Assalamua'laikum, selamat sejahtera & salam 1 Malaysia saya ucapkan. Hari ni merupakan antara hari yang amat seronok, hari yang berharga, kerana saya telah mengutip ilmu dari seorang pakar motivasi iaitu En. Saharudin Bin Ujang. Beliau telah datang ke sekolah saya untuk berkongsi cara-2 untuk menjadi seorang pelajar dan insan yang berjaya. 

Saya telah mendapat permata iaitu pengetahuan yang berharga dari beliau. Beliau sanggup berkongsi liku-2 kejayaan beliau dengan kami semua. Saya berasa sungguh bermotivasi dan selepas ini saya menanamkan tekad dan azam untuk menjadi seorang insan yang berjiwa besar dan tak mudah berputus asa. 

Part yang paling menarik bila beliau mengatakan bahawa beliau asalnya adalah anak penoreh getah. Namun, siapa kata anak penoreh getah tidak boleh berjaya? Dipendekkan cerita, dia mengatakan bahawa sehari gaji yang diperolehnya adalah dalam kira2 RM4000 sehari! Mustahil..? Nope. Itu lah hasil titik peluh atas jerih payah dia berusaha selama ini. Saya berasa begitu kagum kerana saya dapat bercakap serta bersoal jawab dengan seorang pakar motivasi seperti beliau.

Harapan saya, saya berharap saya jugak akan mencipta kejayaan yang lebih besar untuk SPM 2012 ini. Ini tekad saya ! Nothing impossible . Semuanya akan menjadi jika diiringi dengan usaha dan juga doa. Mudah2an InsyaAllah ...


Coretan hati, dari gadis yang
bakal menghadapi SPM 2012 ..


♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...