Monday 27 February 2012

Mampu ke aku dapat A+++++ ?

Exam tak lama lagi menjelang . Hari ni , 27 hari bulan  tik-tok-tik-tok ... masa berlalu ~~
Hmm , dah dua bulan rupa nya aku bersekolah , pada sesi 2012 ni . Esok lusa dah masuk lah bulan March . Haih , exam ... -,- jangan mengeluh Seri .. haha >,<

Just for now , aku betul-2 rasa rungsing . Iya lah , exam makin menghampiri . Walaupun sekadar ujian bulanan biasa , tapi exam kali ni ... entah lah . Aku rasa lain macam je . Apatah lagi aku dah lah ambil subjek tambahan , Tasawwur Islam dan Ekonomi Asas .  Terbeban ke Seri oi ?

Ada yang bertanya , kau tak rasa susah ke nak ambil subjek banyak2 nih ? "Tamak nyer kau Seri amik banyak2 subjek" "Kau boleh ke Seri nak caring semua subjek ni? Subjek Sains ni pun semua dah banyak .."

Haha , macam2 respon yang diberi . ( Hehe , gurau2 je ) . Mestilah ada rasa 'susah' sedikit sebab tahun ni subjek yang aku ambil lebih bertambah daripada biasa . ( Lebih lah sangatttt . haha )

Ini lah subjek tambahan yang bakal aku ambil bulan March nanti :)

( Antara subjek yang disayangi )

( Subjek yang mencabar ketahanan minda )



Haha , mencabar minda ke ? :p 
Actually , aku tak pernah pun rasa menyesal ambil dua-2 subjek ni . Sebab aku dah beristikharah sebelum ni , dan aku merasakan , bahawa aku tidak membuat pilihan yang salah . Malah aku tak pernah rasa terbeban dengan dua2 subjek kesayangan aku nih ( selain daripada Add. Math dengan Biology ) . Huhu .

Untuk pengetahuan korang , ini lah subjek2 yang bakal aku ambil untuk SPM nanti :))

1. Bahasa Melayu 
2. Bahasa Inggeris 
3. Matematik 
4. Sejarah 
5. Pendidikan Agama Islam 
6. Biologi 
7. Fizik 
8. Kimia 
9. Matematik Tambahan 
10. English , Science & Technology 
11. Tasawwur Islam 
12. Ekonomi Asas 

So macamane , banyak ke korang rasa ? haha ( aku pun dah takut ni , rasa pun macam banyak sangat )
Doakan aku berjaya kayh . Harapan mendapat A untuk semua pelajaran ini sentiasa tersemat di minda .. Amin :')

*Cerita ini dibuat dengan tujuan suka2 jer . Takde niat lain nak show-off ke ape ke .
Peace ! ^_^
Coretan hati , dari seorang
gadis yang bakal menghadapi SPM ... 
 

♥ Thanks for Reading! Tekan LIKE kalau suka! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...